KE mana perginya kelibat Maria Chin Abdullah? Kalau waktu dulu-dulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan main lagi tangkasnya beliau. Waktu itu pantang dengar ada ‘yang tidak kena’ dengan kerajaan (terdahulu), cepat saja Maria Chin ‘mengaum’. Mengetuai Bersih 2.0 sebagai pengerusi, Maria Chin sentiasa menjadi bahan berita dengan kejayaan mengatur ribuan orang dalam demonstrasi jalanan di ibu negara yang mendapat perhatian rakyat tempatan dan lensa antarabangsa. Kemudian secara tiba-tiba…










