Ribut Perlis: Kerajaan pusat diminta segera salurkan bantuan - Utusan Malaysia

Ribut Perlis: Kerajaan pusat diminta segera salurkan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 18 Sept. – Kerajaan Pusat segera menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat ribut di negeri ini, malam tadi.

Dr. Ammar Hassan
Dr. Ammar Hassan 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Dr. Ammar Hassan juga menggesa kerajaan negeri dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung bencana bagi membantu mangsa yang kebanyakkannya kehilangan tempat berteduh akibat kejadian itu.

“Bersatu berasa sedih dengan bencana yang berlaku di negeri ini. Kita berharap pihak-pihak bertanggungjawab segera menyalurkan bantuan.

“Ribut yang berlaku malam tadi boleh disifatkan antara paling buruk yang menyebabkan rumah, sekolah dan premis perniagaan terjejas teruk. Malah kejadian itu juga menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang meragut nyawa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Ribut dan hujan lebat yang melanda negeri ini malam tadi mengakibatkan sebanyak 92 rumah dan 38 buah sekolah terjejas selain melibatkan beberapa kemalangan yang meragut empat nyawa.

Angin dengan kelajuan kira-kira 68.7 kilometer sejam itu bertiup kencang selama 30 minit bermula kira-kira pukul 10 malam.

Sementara itu, Ammar berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti bentuk bantuan untuk disalurkan kepada mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN