KANGAR 18 Sept. – Ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini malam tadi, menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang meragut empat nyawa dalam kejadian berasingan. Di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar dekat sini, sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam. Manakala di Jalan Tandop, Kampung Baru Tok Kuning di sini, seorang remaja berusia 15…










