Ribut: 30 sekolah terjejas di dua daerah - Utusan Malaysia

Ribut: 30 sekolah terjejas di dua daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 3 Sept. – Kira-kira 30 buah sekolah di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu terjejas akibat ribut yang disusuli hujan lebat lewat petang ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin ketika dihubungi memberitahu, kebanyakannya melibatkan bumbung bangunan terkopak, diterbangkan angin.

“Jumlah sekolah yang terjejas belum dapat disahkan dan begitu juga dengan nilai kerugian. Kita akan meminta Jabatan Kerja Raya untuk membuat anggaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai Pendidikan Daerah dan pihak sekolah diminta mengemaskini laporan kerosakan dan membuat laporan polis bagi membolehkan permohonan kecemasan diajukan kepada Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Beliau turut meminta pihak pentadbiran sekolah memastikan keselamatan murid dengan menanda pita keselamatan di kawasan premis yang terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini