KUALA NERUS 3 Sept. – Kira-kira 30 buah sekolah di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu terjejas akibat ribut yang disusuli hujan lebat lewat petang ini. Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin ketika dihubungi memberitahu, kebanyakannya melibatkan bumbung bangunan terkopak, diterbangkan angin. “Jumlah sekolah yang terjejas belum dapat disahkan dan begitu juga dengan nilai kerugian. Kita akan meminta Jabatan Kerja Raya untuk membuat anggaran. “Pegawai Pendidikan Daerah dan pihak sekolah…










