TERPILIH menjadi antara penyanyi untuk menjayakan album Symphony Tembang Melayu yang diterbitkan oleh Irama 7 Nada, Indonesia merupakan satu peluang keemasan buat penyanyi Syura. Yang turut terlibat dalam album yang diuruskan oleh Padi Records itu ialah penyanyi dari Thailand, Ammy Fara, manakala artis Indonesia terdiri daripada Camelia Malik, Cici Faramida, Nassar, Darmansyah, Iyeth Bustami dan Kiki KDI. Mereka terpilih untuk menjayakan album Symphony Tembang Melayu yang dicetuskan oleh Siti Hardijanti Rukmana atau Mbak Tutut yang merupakan anak sulung bekas Presiden kedua Republik Indonesia, Soeharto. Syura yang mendendangkan dua lagu, Bersambut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya