Restoran makanan segera dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Restoran makanan segera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Akibat tersalah masuk gear, seorang pemandu lelaki merempuh sebuah restoran makanan segera di Sunway Mentari, Subang Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi semalam.

“Ketika kejadian, lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus baru pulang bekerja dan singgah ke restoran tersebut untuk membeli sarapan.

“Ketika hendak beredar dari restoran itu, dia tersalah masuk gear menyebabkan kenderaan jenis Mercedes dipandunya bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Azman, rempuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu, cermin dan dinding restoran terbabit.

Jelasnya, ujian alkohol pada pemandu tersebut juga dilaporkan negatif.

“Pengurus restoran telah membuat laporan polis dan kita telah mengeluarkan saman di bawah Rule 10 LN 166/59 kepada pemandu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN