Remaja maut kemalangan dengan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Remaja maut kemalangan dengan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 8 Sept. – Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal, kenderaan pelbagai guna dan treler di KM 107.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.20 petang ini menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Muhammad Akmal Rohaizad, 20, dari Bandar Amanjaya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku apabila mangsa gagal mengelak treler jenis Hino sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan motosikal tercampak ke kanan jalan sebelum kereta jenis Honda BRV yang dipandu Mohamad Hermizal Mohamad Desa gagal mengelak lalu melanggar motosikal lantas terhentak di pagar besi pembahagi tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke depan treler tersebut.

Sazalee berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN