Remaja biadab cetuskan kemarahan - Utusan Malaysia

Remaja biadab cetuskan kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TINDAKAN tiga remaja yang meletakkan kaki di atas kerusi sehingga menghalang pengguna perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) lain daripada duduk mencetuskan kemarahan netizan baru-baru ini,

Dua keping gambar yang menunjukkan perbuatan biadap berkenaan tular di laman sosial Twitter selepas dimuat naik oleh pengguna LRT yang merakam gambar berkenaan.

Dalam kedua-dua gambar tersebut, jelas kelihatan tiga remaja itu meletakkan kaki mereka di atas kerusi memenuhi lima ruang tempat duduk di dalam gerabak.

Salah seorang daripada mereka meletakkan kedua-dua tapak kasut di atas kerusi, manakala dua lagi melunjurkan salah satu kaki mereka di atas tempat duduk.

Dua daripada remaja berkenaan juga kelihatan menutup muka mereka dan berpura-pura tidur.

Turut kelihatan di dalam gambar berkenaan ialah beberapa pengguna lain yang terpaksa berdiri ekoran perbuatan remaja berkenaan.

Walaupun kebanyakan netizen yang marah dan bengang dengan perbuatan remaja itu, ada segelintir netizen memberi komen seolah-olah menyalahkan orang ramai yang tidak menegur perbuatan remaja terbabit bagi memberi pengajaran kepada mereka.

Begitu pun, ramai yang memberitahu perbuatan menegur remaja berkenaan dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan antara remaja terbabit dan pengguna LRT yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN