PUTRAJAYA 19 Sept. – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tindakan seorang anggotanya, Melvin Cheong Mun Khai yang menarik balik laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’. Pengarah Bahagian Operasi Rela, Mohamad Razib Buhaini berkata, langkah itu diambil bagi menyiasat sama ada terdapat unsur pelanggaran integriti atau rasuah melibatkan anggota tersebut. “Kita lihat ada keraguan dalam kes ini dan meminta…










