KUALA LUMPUR 30 Sept. – Bagi meringankan beban mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia, orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang dilancarkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia. SYAHRIR AZFAR SALEH Ketua Pegawai Operasi GPM, Syahrir Azfar Saleh berkata, ekoran gempa bumi berskala 7.4 magnitud dan tsunami yang melanda bandar Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah kelmarin, sejumlah…