PROGRAM realiti Pendakwah Muslimah 2018 yang bersiaran di saluran televisyen TV AlHijrah telah melabuhkan tirai pada 22 September lalu, sekali gus menyaksikan kemenangan berpihak kepada Raudhatul Jannah Mohd Rozli. Kemenangan tersebut melayakkan Raudhatul atau digelar Pendakwah Muslimah Raudhah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, pakej Umrah serta trofi. Tidak mampu menyembunyikan air mata kegembiraan, peserta kelahiran Shah Alam, Selangor itu mengharapkan gelaran kejuaraan tersebut dapat membuka peluang buatnya berdakwah…










