LISBON 25 Sept. – Ahli arkeologi Portugal menemukan rangka kapal berusia 400 tahun di perairan negara ini yang dipercayai karam berhampiran Lisbon selepas kembali dari India dengan membawa muatan rempah. Pengarah projek yang menjalankan pencarian di sekitar perairan Portugal, Jorge Freire berkata, daripada perspektif sejarah, ia merupakan penemuan terbesar dalam dekad ini. “Di Portugal, ini merupakan penemuan penting setakat ini,” kata Freire. Di dalam dan kawasan sekitar rangka kapal itu…










