KUALA LUMPUR – Diduga dengan pemergian insan tersayang memang suatu pengalaman yang sangat memeritkan. Apatah lagi apabila insan itu adalah seorang wanita bernama ibu yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya. Bagai hilang syurga dunia, bagai hilang kunci keberkatan. Seumpama kata pepatah ‘Apabila tertutupnya mata ibu kamu, maka hilanglah satu keberkatan hidup, iaitu doa seorang ibu’. Begitulah tema yang cuba diangkat dalam Rampas, single terbaharu daripada band popular…










