KUALA PERLIS – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan 50 biasiswa diRaja kepada rakyat Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun ini. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, untuk tujuan itu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan supaya diwujudkan Kerusi Jamalullail di UIAM dan akan dipegang oleh seorang profesor selaku penyelia kepada penerima anugerah tersebut. “Baginda menawarkan anugerah (biasiswa) ini…










