Pusat sehenti untuk perkasa usahawan Bumiputera - MED - Utusan Malaysia

Pusat sehenti untuk perkasa usahawan Bumiputera – MED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi menyimpan data dan maklumat mengenai usahawan, mengumpul maklum balas dan memberi khidmat nasihat.

Pusat berkenaan juga akan bertindak menyelaraskan aduan mengenai hal ehwal usahawan bagi memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, kunjungan ke setiap negeri juga akan diadakan bagi sesi perundingan dengan golongan usahawan bermula awal bulan ini dengan yang pertama di Sarawak yang akan dihadiri Menteri dan Timbalan Menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usahawan generasi baharu bagi memastikan usahawan Bumiputera mempunyai pelapis untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat global,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pusat sehenti itu adalah berikutan maklum balas dan saranan dikemukakan perwakilan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 yang diadakan semalam. BERNAMA 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini