Pusat pengundian PRK Balakong, Seri Setia ditutup pukul 5.30 petang - Utusan Malaysia

Pusat pengundian PRK Balakong, Seri Setia ditutup pukul 5.30 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALAKONG – Semua pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia ditutup secara rasmi pada pukul 5.30 petang ini.

PRK yang dijalankan serentak itu membabitkan sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK DUN Balakong manakala sebanyak 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi PRK DUN Seri Setia.

Proses penjumlahan undi PRK DUN Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi manakala bagi DUN Seri Setia pula adalah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam dan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya setakat pukul 4 petang, sebanyak 39 peratus daripada 62,219 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di DUN Balakong manakala di DUN Seri Setia pula sebanyak 41 peratus daripada 50, 692 pengundi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN