PORT DICKSON 29 Sept. – Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini telah dibuka pukul 9 pagi tadi.

Antara yang dilihat telah memasuki pusat penamaan tersebut ialah calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar; calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Proses penamaan calon tamat pukul 10 pagi nanti. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











