SATU gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud menggegarkan Pulau Hokkaido di utara Jepun yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh baru-baru ini. Beberapa kejadian tanah runtuh berskala besar berlaku di kawasan kampung berkepadatan rendah yang sebelum ini turut dibadai taufan kuat awal. Menurut pihak berkuasa, sejumlah 33 orang penduduk masih hilang dan lebih 300 cedera dalam kejadian tersebut. Gambar-gambar dari udara menunjukkan berpuluh-puluh rumah musnah di kaki sebuah bukit akibat ditimbus tanah runtuh dengan helikopter penyelamat bergegas memindahkan penduduk. Kira-kira 3 juta buah rumah bergelap selepas gempa bumi merosakkan jana kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya