KUALA LUMPUR 20 Sept. – Isu hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dijadikan modal politik sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan janji Pakatan Rakyat (ketika itu gabungan PKR, DAP dan Pas) untuk menghapuskan PTPTN. Bagaimanapun, janji itu tidak dapat dicapai apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya tersebut namun isu hutang pendidikan itu terus digunakan sebagai modal politik sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).…










