KUALA LUMPUR 27 Sept. – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Pengarah Urusan syarikat KL Karnival Sdn. Bhd. yang mahu menuntut hutang RM41.5 juta berhubung dakwaan melanggar kontrak sewaan tanah di Taman Sukan Extreme bagi Karnival Stadium Bukit Jalil. Peguam Adnan Seman yang mewakili KL Karnival memberitahu pemberita, PSM memfailkan permohonan itu semalam atas alasan, PSM adalah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Perbadanan Stadium…










