SUBANG JAYA – Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan nama rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya hasil kerjasama dengan pengeluar kereta Geely China sebagai Proton X70. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pemilihan nama itu dibuat berdasarkan pemilihan lebih 60 peratus peserta yang menyertai peraduan memilih nama SUV itu secara online pada April lalu. Menurutnya, peraduan selama sebulan itu disertai kira-kira 90,000 orang dengan peserta perlu memilih empat…










