KUALA LUMPUR 9 Sept. – Proton Holdings Berhad menjual 9,501 kereta pada Ogos, angka jualan tertinggi dalam tempoh 36 bulan, sebahagian besarnya didorong oleh persekitaran sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Jualan Ogos mengatasi jualan pada Julai sebanyak 11.7 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, berkata jualan yang kukuh juga disumbangkan oleh kempen pemasaran agresif syarikat itu, cabang jualan Proton,…










