KUALA LUMPUR 20 Sept. – Tidak sampai lima minit Mahkamah Sesyen di sini mula bersidang, Hakim Azura Alwi menangguhkan sementara prosiding selepas membenarkan permohonan peguam bela utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk diberikan masa bertemu anak guamnya. Muhammad Shafee memohon sedemikian atas alasan pihaknya baru sahaja diberikan kertas pertuduhan dan belum berpeluang untuk meneliti serta memberikan nasihat sewajarnya pada Ahli Parlimen Pekan itu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya