SERI KEMBANGAN – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong selesai lebih cepat iaitu pada pukul 9.30 pagi selepas 28 anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang selesai membuang undi. Menurut sumber polis, sebanyak 31 anggota layak mengundi pada hari ini namun hanya 28 daripadanya melangsaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar. “Tiga lagi anggota tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak…










