KUALA LUMPUR 5 Sept. – Program pentaksiran secara atas talian A+ terbitan Tutor.Com Sdn. Bhd. dapat membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan pada hujung tahun ini sekali gus mencapai keputusan yang membanggakan. Rata-rata pelajar yang ditemui Utusan Online menyifatkan perkara itu bukan sahaja dapat membantu mereka memahami subjek dengan lebih baik bahkan dapat meningkatkan prestasi untuk mencapai keputusan cemerlang. Muhammad Ammar Rafel Rizalman, 12, berpendapat program A+ ini banyak membantu meningkatkan…










