KUALA TERENGGANU 25 Sept. – Kepemimpinan Pas akan mengadakan mesyuarat khas di bandar raya ini malam esok bagi memutuskan pendirian parti sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan mengenai perkara tersebut bakal diumumkan selepas selesai mesyuarat berkenaan. “Kita akan tengok laporan daripada Jabatan Pilihan Raya dan Pas Negeri Sembilan dahulu dan baharulah kita buat keputusan. “InsyaAllah…










