SHAH ALAM 4 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sebanyak 70 peratus yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia pada 8 September ini. Bagaimanapun kata Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood, jumlah itu hanya jangkaan awal sahaja berikutan keadaan masa kini berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14. “Bagi pihak SPR sendiri, kita telah melakukan beberapa inisiatif supaya pengundi turun…










