PRK DUN Balakong; Proses pengundian berakhir - Utusan Malaysia

PRK DUN Balakong; Proses pengundian berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berakhir pada pukul 5.30 petang tadi.

Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran itu, dibuka bermula 8 pagi ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.

PRK DUN Balakong kali ini menyaksikan satu lawan satu antara calon MCA, Tan Chee Teong dan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang, Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan di KM11.7 Lebuh Raya Grand Saga pada 20 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN