KUALA LUMPUR 7 Sept. – Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia, esok. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, hak pekerja untuk mengundi telah pun diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Menurut kenyataan itu, majikan sektor swasta diminta mengambil langkah-langkah seperti memberi had masa atau ‘time-off’…










