PRK Balakong, Seri Setia hari ini - Utusan Malaysia

PRK Balakong, Seri Setia hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 50,692 pemilih berdaftar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan 62,160 pengundi di DUN Balakong akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada pilihan raya kecil (PRK) hari ini selepas 21 hari berkempen.

Pusat mengundi akan dibuka mulai pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Bagi DUN Seri Setia, sebanyak 18 pusat mengundi dengan 115 saluran disediakan, manakala DUN Balakong membabitkan enam pusat mengundi dengan 129 saluran.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan pada sebelah pagi di Seri Setia, manakala petang diramalkan cerah, sementara di Balakong cuaca diramalkan men­dung pada sebelah pagi, namun cerah pada sebelah petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN