PRK Balakong: Hanya 25 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - Utusan Malaysia

PRK Balakong: Hanya 25 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALAKONG – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong setakat pukul 12 tengah hari ini masih agak rendah, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Beliau berkata, setakat tengah hari ini, hanya 25 peratus daripada keseluruhan 62,219 pengundi berdaftar yang menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Kita ada lima jam setengah lagi, kita harapkan sasaran kita akan menuju ke arah 70 peratus seperti yang dijangka sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, di sini, yang merupakan satu daripada 16 pusat pengundian dalam PRK DUN Balakong.

PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam  kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki menentang calon MCA Tan Chee Teong.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa keputusan PRK DUN Balakong dijangka diketahui kira-kira pukul 10 malam ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN