Presiden Vietnam meninggal dunia - Utusan Malaysia

Presiden Vietnam meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 21 Sept. – Presiden Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana menghidap ‘penyakit berpanjangan dan serius’.

Menurut agensi berita rasmi Vietnam, mendiang me­ninggal dunia kerana penyakit serius meskipun menerima rawatan daripada doktor di dalam dan luar negara.

Sejak menjadi Presiden pada April 2016 selepas empat dekad di Kementerian Keselamatan Awam, Quang mempunyai re­pu­tasi sebagai pemimpin yang sukar bertolak ansur ketika berselisih pendapat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun beliau meme­gang salah satu daripada empat jawatan tertinggi dan secara rasminya sebagai ketua negara, peranannya sebagai Presiden dilihat sebagai sesuatu yang penting termasuk meng­anjurkan acara diplomatik dalam usaha meningkatkan imej Vietnam di pentas dunia.

Quang kelihatan kurus dan pucat ketika muncul di khala­yak ramai dalam kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Hanoi minggu lalu.

Penampilan terakhirnya ada­lah pada dua hari lalu ketika pertemuan dengan ahli politik China dan pelabur ­asing di Hanoi.

Tempoh perkhidmatannya banyak memfokuskan kepada konflik yang meruncing de­ngan Beijing di Laut China Selatan, pertikaian jangka panjang yang meningkat beberapa kali.

Vietnam membatalkan se­kurang-kurangnya satu projek penggerudian minyak ketika pentadbiran Quang untuk menamatkan ketegangan.

Beliau adalah tokoh yang sering kelihatan dalam majlis berprofil tinggi, terutamanya pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Danang pada November tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini