Prasarana lantik dua COO baharu - Utusan Malaysia

Prasarana lantik dua COO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd. melantik Ketua Pegawai Operasi (Strategi dan Transformasi), Ang Yoke Kee dan Ketua Pegawai Operasi (Operasi), Muhammad Nizam Alias hari ini.

Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang baru dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif pada Isnin lepas menjadikan tiga eksekutif kanan dilantik di Prasanana.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Kewangan telah melantik tiga orang pasukan eksekutif itu untuk melakukan perubahan dalam struktur organisasi dan memulihkan pemilik aset dan pengendali sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar-bandar utama di negara ini.

“Prasarana akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu meningkatkan penumpang perkhidmatan pengangkutan awam, meningkatkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, dan meningkatkan pengurusan pendapatan dan kos,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN