KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd. melantik Ketua Pegawai Operasi (Strategi dan Transformasi), Ang Yoke Kee dan Ketua Pegawai Operasi (Operasi), Muhammad Nizam Alias hari ini. Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang baru dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif pada Isnin lepas menjadikan tiga eksekutif kanan dilantik di Prasanana. Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Kewangan telah melantik tiga orang pasukan eksekutif itu untuk melakukan perubahan dalam struktur organisasi…










