Polis tembak mati dua penyamun - Utusan Malaysia

Polis tembak mati dua penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Dua penjenayah warga asing yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun di negeri ini ditembak mati selepas cuba merempuh kenderaan polis di Jalan Se­denak di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua suspek ber­usia 30-an itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan Ops Rantau cegah jenayah di Taman Manis di sini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya memecut kereta mereka untuk melarikan diri ke arah Bukit Batu dari Jalan Se­denak ke Felda Sayong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang cuba meloloskan diri sejauh dua kilometer kemudiannya merempuh sebuah kereta Proton Wira milik polis sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

“Sebagai langkah mempertahankan diri, polis turut melepaskan beberapa das tembakan sehingga tiada lagi ancaman menyebabkan kenderaan suspek terbabas.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui dua lelaki dengan kesan tembakan,” katanya di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini