Polis tak pantau komunikasi peribadi TMJ - Utusan Malaysia

Polis tak pantau komunikasi peribadi TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 12 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menafikan pihaknya memantau komunikasi peribadi termasuk telefon Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahupun e-mel beliau.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya lebih memberi tumpuan terhadap pemantauan aktiviti-aktiviti yang berkaitan keselamatan negara seperti kumpulan ekstremis dan sebagainya.

“Saya berani tegaskan di sini kita tidak memantau mana-mana peralatan komunikasi Tunku Ismail, banyak urusan lain kita perlu lakukan seperti (memantau) kumpulan penculikan, ekstremis, Daesh yang harus kita pantau.

“Kita tidak buat kerja-kerja pemantauan sedemikian kecuali perkara yang berkaitan keselamatan yang memerlukan kita memantaunya, polis akan lakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sebentar tadi.

Noor Rashid terdahulu menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 576 pegawai dan anggota polis negeri ini yang bertugas ketika zaman darurat dan komunis.

Yang turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., dan Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN