ALOR SETAR 4 Sept. – Polis Kedah berjaya menyelamatkan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak warga Kemboja yang dieksploitasi sebagai buruh di ladang ketum di Kampung Lamdin, Naka di Padang Terap, tengah malam tadi. Dalam operasi pada pukul 12.15 tengah malam itu, sepasukan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) D9 dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Padang Terap melakukan…










