KUALA LUMPUR – Pihak polis hari ini mengesah telah menerima laporan mengenai seorang wanita mendakwa dirinya dirakam video dari bawah skirt dalam satu kejadian pada Jumaat lalu. Dakwaan itu melibatkan seorang pegawai yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman ketika melakukan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata di kompleks beli-belah Solaris Dutamas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes tersebut kini disiasat di…










