KOTA BHARU 23 Sept. – Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran pil kuda terbesar di negeri ini selepas merampas sebanyak 1.182 juta biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM23.64 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Khamis lalu. Ketika serbuan pada pukul 1.15 pagi, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang dipercayai penjaga rumah yang dijadikan stor penyimpanan dadah tersebut. Ketua Polis negeri, Datuk…










