KOTA BHARU – Polis berjaya merampas dadah dianggarkan bernilai RM4.3 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar ini dan Pasir Mas, kelmarin. Serbuan yang dilakukan bermula pukul 3.55 pagi hingga 4.10 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama polis negeri ini berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 34 tahun yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata,…










