Polis nafi tular 16 individu hilang di Rompin - Utusan Malaysia

Polis nafi tular 16 individu hilang di Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Sept. -Polis menafikan berita yang tular dalam aplikasi WhatsApp kononnya berlaku kes kehilangan 16 individu berusia 12 tahub hingga 20 tahun di sekitar Rompin, dekat sini sejak dua hari lalu.

AZLI MOHD. NOOR
AZLI MOHD. NOOR 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd. Noor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian yang ditularkan itu sehingga menimbulkan kerisauan penduduk setempat.

“Berita tersebut palsu. Berdasarkan mesej yang ditularkan itu kononnya kepala, hati, tangan dan kaki mangsa-mangsa diambil.

“Malah, kejadian itu dikatakan bakal berlaku di kampung-kampung sekitar Kahang, Kluang dan Mersing. Penjenayah terbabit dikatakan menggunakan motosikal jenis Honda EX5, Yamaha LC dan 125ZR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azly, orang ramai diminta mengabaikan mesej tersebut kerana berita yang disampaikan adalah palsu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN