KOTA BHARU 6 Sept. – Polis Kelantan menafikan dakwaan mengenai tiada sebarang tindakan yang diambil pihaknya terhadap kegiatan perjudian di negeri ini. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengakui Kelantan tidak sunyi dari elemen perjudian namun tindakan susulan juga telah diambil bagi menangani kegiatan berkenaan. Beliau berkata, sejak Januari hingga semalam, sebanyak 85 serbuan telah dilakukan di seluruh negeri terhadap premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu. “Daripada jumlah…










