IPOH 3 Sept. – Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki lima lelaki setelah mengejar kenderaan itu sejauh lebih 100 kilometer di jalan menuju Cameron Highlands berhampiran Kawasan Perindustrian Keramat Pulai di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Abdul Rani Alias berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dan empat lelaki warga Myanmar berjaya…










