Polis cari waris lelaki mati di hotel - Utusan Malaysia

Polis cari waris lelaki mati di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Polis mengesan waris seorang lelaki tidak dikenali yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Sultan, di sini.

POLIS mencari waris si mati yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
POLIS mencari waris si mati yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Jurucakap polis Kuala Lumpur berkata, lelaki tersebut dianggarkan berusia lingkungan 40-an.

“Identiti mangsa tidak dapat dipastikan dan mayatnya kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil di talian 010-2423485, Balai Polis Tun H.S Lee (03-92212222) atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur (03-21460584/585) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN