Pogba akui penat layan spekulasi - Utusan Malaysia

Pogba akui penat layan spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba berkata, dia sudah ‘penat’ untuk melayan spekulasi yang mengaitkannya keluar dari Old Trafford.

POGBA mendedahkan bahawa dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan United sebaliknya spekulasi perpindahannya sengaja diada-adakan.

Terdahulu, Pogba menjadi sasaran Barcelona pada musim panas ini dan sebelumnya dia pernah berkata tidak tahu masa depan­nya bersama United selepas pulang membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018, Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pogba mene­gaskan dia akan terus kekal bersama The Red Devils biarpun ada laporan mendedahkan bekas pemain Juventus itu memiliki hubungan dingin dengan pengurusnya, Jose Mourinho.

“Ia (spekulasi perpindahan) bukan saya yang bercakap.

“Saya hanya cuba bekerja untuk diri saya sendiri. Saya pulang agak lewat (menyertai Uni­ted) dari Piala Dunia.

“Jadi, saya sedang berusaha mempersembahkan prestasi sebaik mungkin. Seperti saya katakan tadi, saya hanya melakukan tugas saya dan seperti biasa, spekulasi itu tetap ada,” katanya.

Pogba, 25, menjadi sasaran media Eropah sejak berhijrah kembali ke United dari Juventus pada 2016 tetapi persembahannya dikritik hebat apabila gagal me­ngulangi sentuhan terbaik ketika bersama The Red Devils. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN