PNB lancar ASN Equity 5, ASN Sara 2 - Utusan Malaysia

PNB lancar ASN Equity 5, ASN Sara 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenal dua dana unit amanah harga berubah baharu berdasarkan harga hadapan iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) Equity 5 dan ASN Sara (Aset Campuran Konservatif) 2.

Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, kedua-dua dana baharu disasarkan kepada pelabur berbeza bagi memenuhi keperluan individu dan matlamat pelaburan berlainan.

“Pengenalan dua unit amanah baharu ini seiring dengan matlamat PNB untuk memperluas tawaran produk bagi memenuhi keperluan pelbagai pelabur,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 di sini hari ini.

Di samping pelancaran dua dana baharu tersebut, penamaan semula dana unit amanah harga tetap ASNB telah diperkenalkan untuk memberi pemahaman yang lebih mudah dan jelas dengan memanfaatkan legasi kukuh jenama dana unit amanah tersebut.

PNB juga mengumumkan pengagihan pendapatan 6.00 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang akan dinamakan semula sebagai Amanah Saham Malaysia 3 berkuat kuasa 15 Oktober 2018.

Ia melibatkan agihan pendapatan berjumlah RM755 juta memberi manfaat kepada lebih 440,000 pemegang akaun yang memiliki sebanyak 12.7 bilion unit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN