PM turut terkejut - Utusan Malaysia

PM turut terkejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN 3 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini turut melahirkan rasa terkejut dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo, hari ini.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng hari ini susulan permohonan oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk Masri Mohd. Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Dr Mahathir berkata: “Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga”.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Istana Qashr Munee di sini pada penghujung lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei.

Pada 30 Jun 2016, Menteri Kewangan yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang, dibawah nilai pasaran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini