PM nafi kerajaan tidak ambil tindakan terhadap pemimpin terdahulu - Utusan Malaysia

PM nafi kerajaan tidak ambil tindakan terhadap pemimpin terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang didapati melakukan kesalahan jenayah.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang terlibat jenayah, namun memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membawa mereka ke mahkamah.

“Ada yang berpendapat kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan lama yang terlibat jenayah, saya nak jelaskan apabila kita cuba buat ikut undang-undang maka ia memerlukan bukti kukuh sebelum dihadapkan ke mahkamah.

“Ini yang melambatkan dan ramai yang terlibat dengan rasuah, terdiri daripada pemimpin kerajaan lepas nampaknya seperti tidak ada tindakan sama sekali diambil ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan tertinggi parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN