PKR Perak pastikan masalah teknikal di Kedah tidak berulang - Utusan Malaysia

PKR Perak pastikan masalah teknikal di Kedah tidak berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak akan memastikan proses pemilihan parti itu di negeri ini dijalankan dengan baik sekali gus berharap kejadian masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan penangguhan pemilihan di lima cabang di Kedah tidak berulang.

Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Ismail Shaik berkata, beliau akan memastikan setiap petugas pusat mengundi di seluruh negeri menjalankan tanggungjawab dengan penuh teliti bagi memastikan perkara sama tidak berlaku di Perak.

“PKR Perak mengharapkan semua proses pemilihan parti di 24 cabang yang dilakukan serentak esok dapat berlangsung dengan aman dan tertib bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Kematangan semua pihak dalam memastikan fokus utama dalam soal pemilihan kepimpinan parti berlaku dalam semangat kekeluargaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Siti Aishah, seramai 54 calon bakal merebut jawatan Ketua Cabang manakala 1,183 calon lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang.

“Di Perak, seramai 60,324 ahli akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam menentukan tampuk kepimpinan parti bagi sesi akan datang.

“PKR Perak bagaimanapun menjangkakan kira-kira 40 peratus atau 24,129 ahli akan keluar mengundi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×